Kejohanan Petanq Pendidikan Khas
Daerah Kemaman 2015
Pendaftaran peserta oleh guru pengiring.
Kerjasama antara guru aliran perdana dan guru Pendidikan Khas dalam menjayakan menjayakan kejohanan ini
Taklimat kepada peserta oleh ketua hakim kejohanan
Cabaran bagi kategori lelaki bermula
Penolong Kanan Kokurikulum SMK Kerteh selaku tuan rumah turut menyempurnakan
penyampaian hadiah kepada peserta
kali dianjurkan oleh Unit Pendidikan Khas SMK Kerteh ini
Penolong Pegawai Pendidikan Daerah ,Pendidikan Khas dan Swasta, Cik Sahani
bt. Mohd Samsudin menyempurnakan penyampaian cenderahati penghargaan
kepada Pembantu Kejohanan dari kalangan pelajar Aliran Perdana
Antara peserta dan guru pengiring yang turut serta dalam program ini
Tarikh: 9 April 2015
Tempat: Gelanggang Petanq, SMK kerteh
Masa: 8.00 pagi hingga 2.00 petang
Anjuran: PPD Kemaman
Penerangan:
Program ini dilaksanakan untuk mencungkil bakat-bakat baru dan mengetengahkan bakat sedia ada pelajar dalam sukan ini. Matlamat utama program adalah untuk mencungkil bakat-bakat baru serta menyediakan peserta yang berkualiti bagi pertandingan ke peringkat negeri.Pemilihan yang tepat,bersistematik serta pendedahan kepada suasana pertandingan sebenar mengikut undang-undang pertandingan akan dapat membantu para pelajar bila berhadapan dengan pertandingan di peringkat yang lebih tinggi lagi.Disamping itu juga ianya dapat menjalinkan hubungan erat dalam kalangan murid Pendidikan Khas itu sendiri yang terdiri daripada pelbagai sekolah.
Kejayaan:
Peserta PPKI SMK Kerteh memenangi :
1. Tempat Pertama,tempat kedua dan tempat ketiga (Lelaki)
2. Tempat pertama dan tempat ketiga (Perempuan)
Disediakan oleh :
Admin