Saturday, October 31, 2015



BENGKEL FOTOGRAFI PELAJAR SEKOLAH BERSAMA FUJIFLM 2015

( YOUTH PHOTOGRAPHY WORKSHOP 2015 )







Tarikh:  29 Oktober 2015
Masa : 8.00  pagi - 1.30 petang
Tempat: Makmal Bestari SMK Kerteh
Fasilitator : En Ashraf bin Saharudin (Fujiflm Malaysia)

Penerangan:
Program ini melibatkan semua pelajar PT3 2015 serta guru Media/ Majalah 2015. Bengkel ini dijalankan oleh pihak Fujiflm bersama pelajar sekolah dimana sekolah SMK Kerteh merupakan sekolah yang terpilih untuk diadakan bengkel ini. Bengkel ini sememangnya diperlukan untuk mengetengahkan bakat pelajar dalam mengambil gambar yang betul dan menarik. Seramai 10 orang pelajar terpilih dapat menghasilkan gambar yang menarik mengikut tema yang ditetapkan iaitu tema kerjasama. 

Disediakan  Oleh:
Admin 





PROGRAM SOLAT HAJAT DAN BACAAN YAASIN PELAJAR SPM BERSAMA PPTSB



Tarikh:  29 Oktober 2015
Masa : 7.30  PAGI
Tempat: Surau SMK Kerteh

Penerangan:
Program ini djalankan oleh pihak sekolah dengan kerjasama pihak PPTSB. Pelajar dapat membuat persediaan rohani agar dapat diberi ketenangan untuk menghadapi SPM. Semoga semua pelajar dapat menjawab dengan baik dan memperolehi keputusan yang cemerlang. 


Wednesday, October 28, 2015





PENYAMPAIAN HADIAH PROGRAM KITAR SEMULA PERINGKAT SMK KERTEH 2015 







Tarikh: 29 OKTOBER 2015
Tempat: DATARAN PERHIMPUNAN
Masa: 7.30 pg hingga 7.40 pg

Penerangan:
Program Kitar Semula Peringkat sekolah telah dijalankan sepanjang tahun dan melibatkan semua murid, guru serta kakitangan sekolah. Sepanjang program ini dijalankan, sambutan dan kerjasama dari semua pihak sangat menggalakkan. Program ini ketua oleh Cgu Hazrein. Seorang pelajar mewakili sekolah untuk keperingkat kebangsaan yang akan diadakan di Putrajaya pada bulan November ini iaitu Nur Farah Hidayu bt Ismail dari kelas 4PA.

PEMENANG KATEGORI INDIVIDU
Tempat 1 :  Nur Farah Hidayu bt Ismail (4PA)
Tempat 2 : Rabiatul Adawiyah bt Mohd Zamri (1B1)
Tempat 3 : Nurul Haziqah bt Supe’e

KATEGORI KELAS
Tempat 1 : Kelas 4PA
Tempat 2 : Kelas 1B1
Tempat 3 : Kelas 1B5

TAHNIAH KEPADA SEMUA PEMENANG

  
Disediakan oleh:
Admin



Tuesday, October 27, 2015

PROGRAM PASCA PT3 : BUBUR AS-SYURA










PROGRAM PASCA PT3 : BUBUR AS-SYURA 

Tarikh: 28 OKTOBER 2015
Tempat: BENGKEL PEMBINAAN DOMESTIK, SMK KERTEH
Masa: 8.00pg hingga 2.00 petang

Penerangan:
Program Pasca PT3 (Bubur As-Syura) yang melibatkan kerjasama daripada guru, staf sokongan sekolah, pelajar-pelajar tingkatan 3. Bubur as-syura ini akan diagihkan kepada semua pelajar dan warga sekolah. Terima kasih diucapkan kepada yang telah memberi sumbangan samaada dari segi kewangan ataupun tenaga dalam menjayakan program ini. 

Disediakan oleh:
Admin



Klik link di sini untuk gambar yang lain.

Sunday, October 25, 2015


PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN
SEMPENA MINGGU AYUH SEJAHTERA

( 18 - 22 OKTOBER 2015 )
SMK KERTEH 




Tarikh:  25 Oktober 2015
Masa : 7.30 - 7.40 PAGI
Tempat: Dataran Perhimpunan SMK Kerteh

Penerangan:
Majlis ini diadakan untuk menyampaiakan hadiah kepada pelajar yang menyertai pertandingan yang diadakan sepanjang minggu Ayuh Sejahtera yang telah dijalankan pada minggu lepas.

Pertandingan yang dipertandingkan dan senarai pemenang.

1) Pertandingan Menulis Puisi
Tempat 1 - Miza Nurmastura bt Maderi (3B1)
Tempat 2 - Anis Damia bt Ansin (4SC)
Tempat 3 - Siti Nur Izzah bt Yusman Anizan (4SC)

1) Pertandingan Menulis Esei
Tempat 1 - Miza Nurmastura bt Maderi (3B1)
Tempat 2 - Nurul Hidayah bt Abdul Rahman (2B1)
Tempat 3 - An Nur Jannah bt Mohd Hanafi (2B1)

 1) Pertandingan Melukis Poster
Tempat 1 -  Nur Umaira bt Junaidi(1B4)
Tempat 2 -Miza Nurmastura bt Maderi (3B1)
Tempat 3 - Nur Asmadini bt Fikri Ibrahim  (3B1)

JOHAN KESELURUHAN
Miza Nurmastura bt Maderi (3B1)


Disediakan oleh : Admin