Thursday, November 19, 2015


MAJLIS PERSARAAN PUAN PENGETUA















Tarikh:  18 November  2015
Masa: 8.00 pagi
Tempat: Dewan Terbuka SMK Kerteh 
- Resort World Kijal

Penerangan:
 Majlis persaraan Puan Pengetua Hjh Norhasmilah Bt Yusof diadakan penuh meriah walaupun semua warga SMK Kerteh bersedih akan kehilangan seorang pemimpin yang begitu memahami, pemurah dan penyanyang. Semua guru, pelajar dan staf bersama-sama bekerjsama bagi memastikan majlis ini berjalan dengan lancar. Semua warga SMK Kerteh merasa kehilangan yang besar apabila ketiadaan Puan Pengetua di sekolah ini. Semoga Puan Pengetua sentiasa diberi kesihatan dan keselamatan yang baik.

Disediakan  Oleh:
Admin 






Wednesday, November 18, 2015


MAJLIS PERSARAAN 
CIKGU WAN NORHALINA BT WAN HASSAN 









Tarikh:  15 November  2015
Masa: 8.00 pagi
Tempat: Dewan Terbuka SMK Kerteh 
- Kelab Golf Rantau Petronas (KGRP)

Penerangan:
 Majlis persaraan Cikgu Wan Norhalina diadakan penuh meriah walaupun semua warga SMK Kerteh bersedih akan kehilangan seorang cikgu dan rakan sekerja  yang begitu memahami, pemurah dan penyanyang. Semua guru, pelajar dan staf bersama-sama bekerjsama bagi memastikan majlis ini berjalan dengan lancar. Semoga Cikgu Wan Norhalina sentiasa diberi kesihatan dan keselamatan yang baik.

Disediakan  Oleh:
Admin 






Thursday, November 12, 2015



ANUGERAH KOKURIKULUM DAN HEM 

TAHUN 2015




Tarikh:  08 November  2015
Tempat: Dewan Terbuka Sekolah

Penerangan:

 Anugerah Kokurikulum dan HEM ini diadakan untuk memberi penghargaan kepada pelajar yang telah berjaya mengharumkan nama sekolah diperingkat daerah, negeri dan juga kebangsaan.   


Disediakan  Oleh:
Admin 

Monday, November 2, 2015



MAJLIS RESTU ILMU SPM 2015







Tarikh:  01 November 2015
Masa : 10.40  pagi - 1.30 petang
Tempat: Dewan Terbuka SMK Kerteh

Penerangan:
Majlis ini melibatkan semua calon SPM 2015 dan  guru mata pelajaran yang bertujuan memberi peluang kepada semua pelajar memohon restu dari guru yang mengajar. Semasa majlis ini juga, Pn Pengetua menyampaikan pesanan terakhir kepada semua calon sebelum menduduki peperiksaan. Perutusan daripada Pengarah Pendidikan Negeri dan Menteri Besar Terengganu turut di baca oleh wakil pengurusan. 

Disediakan  Oleh:
Admin 


Sunday, November 1, 2015



PENYAMPAIAN HADIAH KARNIVAL
TARIK TALI TTB N29 2015 DUN KEMASIK

JOHAN KATEGORI

SEKOLAH MENENGAH JEMPUTAN








Tarikh:  1 November 2015
Masa : 7.30 - 7.40 PAGI
Tempat: Dataran Perhimpunan SMK Kerteh

Penerangan:
Majlis ini diadakan untuk menyampaikan hadiah kepada pelajar yang menyertai pertandingan ini. 

 Tarikh Pertandingan : 31 Oktober 2015
Tempat : Pantai Kerteh
Guru : En Kharudin bin Mohd