Sunday, January 31, 2016

PELANCARAN PROGRAM NILAM 
SMK KERTEH 2016

PERASMIAN PELANCARAN PROGRAM OLEH : PN HJH CHE ZALIHA BT IBRAHIM
                                          PENGETUA SMK KERTEH

            Tarikh: 31 Januari  2016
Hari : Ahad
    Masa : 7.30 pagi
                      Tempat : Dewan Terbuka SMK Kerteh


Penerangan:
 NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca) merupakan penggabungan atau adunan semua ktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengikhtirafan yang sesuai untuk mengatasi masalah-masalah yang menghalang penyuburan tabiat membaca dalam kalangan warga sekolah. 

Objektif
1. Memupuk tabiat membaca
2. Menambah ilmu pengetahuan
3. Meningkatkan perbendaharaan kata
4. Mengisi masa lapang

Aktiviti NILAM Sepanjang Tahun 2016
* Pelancaran Program Nilam
* Projek Kotak Buku
* Pertandingan Ulat Buku
* Membaca Bersama
* Hentian Ilmu Anjung Nilam
* Ceritamu Ceritaku
* Dialog Bestari Bulanan
* Pertandingan Sudut Nilam
* Hadiah Galakan Nilam

Disediakan Oleh:
Admin 

Saturday, January 30, 2016


PROGRAM GOTONG ROYONG KOMUNITI BASMI DENGGI SMK KERTEH 2016

PROGRAM GOTONG ROYONG KOMUNITI BASMI DENGGI SMK KERTEH BERSAMA YB DUN KEMASIK, JKKK, BALAI BOMBA, MPK, PUSAT KESIHATAN KERTEH, PENDUDUK TAMAN PERUMAHAN PANELEX DAN PENDUDUK TAMAN WAN ADNAN.

PERASMIAN PROGRAM OLEH : YB IR ROSLI BIN OTHMAN
Tarikh:  30 Januari  2016
Hari : Sabtu
Masa : 7.30 pagi
Tempat berkumpul : Padang Awam Perumahan Panelex









Penerangan:
 Program ini berrtujuan untuk memberi kesedaran kepada penduduk setempat untuk sentiasa menjaga kebersihan kawasan rumah dan sekitar untuk memastikan tiada tempat pembiakan nyamuk aedes yang boleh membawa penyakit demam denggi. Penglibatan sekolah dalam aktiviti seperti ini menunjukkan guru sentiasa bersedia untuk mendidik masyarakat bukan sahaja di sekolah tapi juga melalui aktiviti seperti ini.  Pn Hjh Che Zaliha binti Ibrahim merakamkan ribuan terima kasih dan syabas kepada semua guru dan pelajar yang hadir menjayakan program gotong royong bersama komuniti kali ini.

Disediakan Oleh:
Admin 





Thursday, January 28, 2016


PROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA PENCEGAHAN DENGGI KELAS DAN 
BILIK-BILIK KHAS KALI 1 SESI 2016















Tarikh:  28 Januari  2016
Tempat: Bilik-bilik Khas, Kelas dan Taman Sekolah

Penerangan:
 TENTATIF PROGRAM
7.20 - 7.40 pagi : Bacaan Yassin
7.40 - 8.15 pagi : Taklimat PK HEM
8.15 - 11.00 pagi : Gotong Royong
11.00 - 11.20 pagi : REHAT
11.20 - 2.00 petang : PDP berjalan seperti biasa

Program Gotong Royong Perdana berjalan dengan lancar dengan kerjasama semua warga SMK Kerteh. Semua guru, staf dan juga pelajar bersama-sama menjalankan gotong royong mengikut tempat yang telah ditetapkan. Program seperti ini penting untuk memberi kesedaran kepada semua war mga sekolah SMK Kerteh untuk menjaga kebersihan kawasan sekitar supaya tiada tempat pembiakan nyamuk aedes yang boleh membawa kepada demam denggi. Keceriaan kelas pula menunjukkan pelajar dan guru begitu bersemangat dan saling tolong menolong untuk memastikan kelas sentiasa bersih dan kemas. Kelas juga bertambah ceria dan dapat meningkatkan lagi semangat pelajar untuk belajar. Terima kasih diucapkan kepada semua warga SMK Kerteh yang memberi kerjasama dalam menjayakan program ini.

Disediakan Oleh:
Admin 

MESYUARAT AGUNG KELAB DAN PERMAINAN SMK KERTEH 2016





Tarikh:  27 Januari  2016
Masa : 1.20 petang
Tempat: Mengikut tempat perjumpaan yang telah ditetapkan.

Penerangan:
 Mesyuarat Agung Kelab dan Permainan diadakan untuk memastikan semua pelajar mendaftar untuk menjadi ahli mana-mana kelab dan permainan yang mereka minat. Pada mesyuarat ini juga diadakan lantikan ahli jawatankuasa bagi kelab dan permainan masing-masing. Peluang ini seharusnya diambil oleh pelajar untuk menjadi pemimpin yang mana memberi markah tinggi dalam penglibatan aktiviti kokurikulum sekolah terutama pelajar tingkatan 5. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua guru dan pelajar yang hadir pada perjumpaan kali pertama kelab dan permainan untuk tahun ini.

Disediakan Oleh:
Admin 

Tuesday, January 26, 2016


MERENTAS DESA DAERAH KEMAMAN 2016



Tarikh:  27 Januari  2016
Masa : 8.00 pagi
Tempat: SMK Cheneh Baru

Penerangan:
 Pertandingan Merentas Desa peringkat Daerah Kemaman menyaksikan sekolah telah menghantar 24 orang peserta. Dua orang peserta kategori P15 telah menyumbangkan 2 pingat ditempat kelapan dan kesebelas. 

Pemenang Kategori P15
No8 = Nurul Liyana
No11 = Faezatul Anesha

Guru Pengiring
Pn Hasnah bt Sulong
En Mohamad Sukri b Ibrahim
Pn Nur Hani bt  Haron

Disediakan Oleh:
Admin 

MESYUARAT AGUNG KELAB DAN PERSATUAN SMK KERTEH 2016






Tarikh:  26 Januari  2016
Masa : 2.30 petang
Tempat: Mengikut tempat perjumpaan yang telah ditetapkan.

Penerangan:
 Mesyuarat Agung Kelab dan Persatuan diadakan untuk memastikan semua pelajar mendaftar untuk menjadi ahli mana-mana kelab dan persatuan yang mereka minat. Pada mesyuarat ini juga diadakan lantikan ahli jawatankuasa bagi kelab dan persatuan masing-masing. Peluang ini seharusnya diambil oleh pelajar untuk menjadi pemimpin yang mana memberi markah tinggi dalam penglibatan aktiviti kokurikulum sekolah terutama pelajar tingkatan 5. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua guru dan pelajar yang hadir pada perjumpaan kali pertama kelab dan persatuan untuk tahun ini.

Disediakan Oleh:
Admin 

Saturday, January 23, 2016


pelancaran PROGRAM amalan
guru penyayang dan 
mentor mentee tahun 2016





Tarikh:  24 Januari  2016
Hari : Ahad
Masa: 7.40 pagi
Tempat: Dewan Terbuka SMK Kerteh

Anjuran : Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK)
Kaunselor Sekolah : Pn Suhada bt Azid  
                              Pn Nor Maziana bt Md Nawi
Pelancaran Oleh : Pn Hjh Che Zaliha bt Ibrahim
           Pengetua SMK Kerteh

Penerangan
Program Mentor Mentee adalah satu dari Amalan Guru Penyayang. Amalan Guru Penyayang adalah amalan untuk membudayakan sikap kasih sayang terhadap pelajar di sekolah. Konsep guru penyayang adalah membawa meksud perbuatan  atau perlakuan menyayangi, mengasihi dan bersifat belas kasihan serta menghormati orang lain. 

Objektif:
1- Mewujudkan budaya penyayang dalam kelangan pelajar dan guru di sekolah
2- Melahirkan pelajar yang berkeperibadian tinggi
3- Menerapkan sifat empati guru terhadap pelajar
4- Mewujudkan suasana yang harmoni antara guru dengan pelajar

 Disediakan  Oleh:
Admin 


Thursday, January 21, 2016


PROGRAM kesejahteraan diri
Tingkatan 1


Tarikh:  21 Januari  2016
Hari : Khamis
Masa: 11.20 pagi
Tempat: Dewan Terbuka SMK Kerteh

Anjuran : Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK)
Kaunselor Sekolah : Pn Suhada bt Azid  
                              Pn Nor Maziana bt Md Nawi






Penerangan
Program ini melibatkan semua pelajar tingkatan satu yang bertujuan untuk memberi gambaran sebenar berada disekolah menengah dan bagaimana menyesuaikan diri dengan suasana baru. Intipati program ini merangkumi pelbagai aktiviti yang dirancang baik oleh kaunselor sekolah untuk memastikan semua pelajar dapat meningkatkan keyakinan diri. Antara aktiviti yang dijalankan adalah bersama-sama menyanyikan lagu sekolah untuk memupuk perasaan cinta akan sekolah dan aktiviti dalam kumpulan. Aktiviti dapat meningkatkan kemahiran sosial pelajar dengan rakan sebaya, memupuk sikap kerjasam, bertolak ansur dan berani meluahkan pandangan dan idea semasa menghasilkan tugasan yang diberikan. Keyakinan diri pelajar dapat dipupuk dan ditingkatkan semasa aktiviti perbentangan hasil tugasan dalam kumpulan. 


 Disediakan  Oleh:
Admin 

Wednesday, January 20, 2016


Perlawanan Akhir Bola Jaring 
Zon 3 (Kemasek) 2016


Perlawanan Akhir
P15





                                                   Perlawanan Akhir
P18



Tarikh:  20 Januari  2016
Hari : Rabu
Masa: 2.00 petang
Tempat: Padang SMK Kerteh 

Keputusan Akhir
P15
JUARA : SMK SERI BANDI
NAIB JUARA : SMK KERTEH

P18
JUARA : RANACO
NAIB JUARA : SMK KIJAL
TAHNIAH KEPADA SEMUA PASUKAN 

Disediakan  Oleh:
Admin 


PROGRAM maju diri
Tingkatan 4




Tarikh:  20 Januari  2016
Hari : Rabu
Masa: 11.20 pagi
Tempat: Dewan Terbuka SMK Kerteh
Anjuran : Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK)
Kaunselor Sekolah : Pn Suhada bt Azid  
                                            Pn Nor Maziana bt Md Nawi

Tentatif Program
MASA
AKTIVITI
11.20 Pg – 11.30 Pg
Pelajar berkumpul di dewan
11.30 Pg  –  11.45 Pg
Taklimat  Ketua Panitia Bahasa Melayu
Pn Siti Mukminah bt Dalimi
11.45 Tgh  –  12.00 Tgh
Taklimat  Ketua Panitia Bahasa Inggeris
Pn Noraini bt Muhammad
12.00 Tgh  –  12.15 Tgh
Taklimat  Ketua Panitia Matematik
Pn Noor Zahrah bt Mustafa
12.15 Tgh  –  12.30 Tgh
Taklimat  Ketua Panitia Sejarah
En Ahmad Sarib b Yaacob
12.30 Tgh  –  12.40 Tgh
Taklimat  Ketua Pendidikan Islam
Pn Samsiah bt Awang
1.00 Ptg – 2.00 Ptg
Taklimat dan menjawab soal selidik Minda Sihat
2.00 Ptg
Bersurai

Disediakan  Oleh:
Admin