MAJLIS SAMBUTAN PENGETUA
PN HJH CHE ZALIHA BT IBRAHIM
Tarikh: 10 Januari 2016
Masa: 11.00 pagi – 2.00 petang
Tempat: 1-Bilik Mesyuarat
2- Dewan Terbuka Sekolah
Ketibaan Pn Hjh Che Zaliha bt Ibrahim di sekolah SMK Kerteh disambut meriah oleh semua warga sekolah.
Majlis bermula di Bilik Mesyuarat dengan bacaan doa dan jamuan ringan.
Seterusnya sambutan di dewan sekolah dengan Pn Pengetua berjalan sambil
diiringi paluan kompang oleh pelajar. Disepanjang jalan ke dewan, beliau disambut oleh barisan guru dan pengawas sekolah sambil bersalam-salaman.
Ketibaan Pn Hjh Zaliha bt Ibrahim di dewan disambut dengan persembahan selamat datang oleh pelajar. Seterusnya majlis diteruskan dengan ucapan
PKP Pn Nadzifah bt Mokhtar dan ucapan Pn Pengetua. Selesai ucapan dari beliau, gimik majlis diteruskan dengan menanam pokok yang menjadi simbolik kepada ketibaan pengetua baru disekolah ini.