Khamis, 28 Januari 2016


PROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA PENCEGAHAN DENGGI KELAS DAN 
BILIK-BILIK KHAS KALI 1 SESI 2016















Tarikh:  28 Januari  2016
Tempat: Bilik-bilik Khas, Kelas dan Taman Sekolah

Penerangan:
 TENTATIF PROGRAM
7.20 - 7.40 pagi : Bacaan Yassin
7.40 - 8.15 pagi : Taklimat PK HEM
8.15 - 11.00 pagi : Gotong Royong
11.00 - 11.20 pagi : REHAT
11.20 - 2.00 petang : PDP berjalan seperti biasa

Program Gotong Royong Perdana berjalan dengan lancar dengan kerjasama semua warga SMK Kerteh. Semua guru, staf dan juga pelajar bersama-sama menjalankan gotong royong mengikut tempat yang telah ditetapkan. Program seperti ini penting untuk memberi kesedaran kepada semua war mga sekolah SMK Kerteh untuk menjaga kebersihan kawasan sekitar supaya tiada tempat pembiakan nyamuk aedes yang boleh membawa kepada demam denggi. Keceriaan kelas pula menunjukkan pelajar dan guru begitu bersemangat dan saling tolong menolong untuk memastikan kelas sentiasa bersih dan kemas. Kelas juga bertambah ceria dan dapat meningkatkan lagi semangat pelajar untuk belajar. Terima kasih diucapkan kepada semua warga SMK Kerteh yang memberi kerjasama dalam menjayakan program ini.

Disediakan Oleh:
Admin