PROGRAM kesejahteraan diri
Tingkatan 1
Tarikh: 21 Januari 2016
Hari : Khamis
Masa: 11.20 pagi
Tempat: Dewan Terbuka SMK Kerteh
Kaunselor Sekolah : Pn Suhada bt Azid
Pn Nor Maziana bt Md Nawi
Penerangan
Program ini melibatkan semua pelajar tingkatan satu yang bertujuan untuk memberi gambaran sebenar berada disekolah menengah dan bagaimana menyesuaikan diri dengan suasana baru. Intipati program ini merangkumi pelbagai aktiviti yang dirancang baik oleh kaunselor sekolah untuk memastikan semua pelajar dapat meningkatkan keyakinan diri. Antara aktiviti yang dijalankan adalah bersama-sama menyanyikan lagu sekolah untuk memupuk perasaan cinta akan sekolah dan aktiviti dalam kumpulan. Aktiviti dapat meningkatkan kemahiran sosial pelajar dengan rakan sebaya, memupuk sikap kerjasam, bertolak ansur dan berani meluahkan pandangan dan idea semasa menghasilkan tugasan yang diberikan. Keyakinan diri pelajar dapat dipupuk dan ditingkatkan semasa aktiviti perbentangan hasil tugasan dalam kumpulan.
Disediakan Oleh:
Admin