MAJLIS PERPISAHAN
USTAZAH AZIZAH BINTI SALLEH
Tarikh: 4 April 2016
Hari : Isnin
Masa : 12.00 tengah hari
Tempat : Dewan Terbuka SMK Kerteh
Anjuran : Kelab Guru dan Staf 2016
Penerangan:
Majlis perpisahan diadakan untuk memberi penghargaan kepada Ustazah Azizah Bt Salleh yang telah banyak mencurahkan ilmu kepada semua warga SMK Kerteh. Ustazah Azizah telah dipindahkan ke SMK Cheneh setelah berkhidmat disekolah ini selama 14 tahun. sepanjang tempoh ini begitu banyak ilmu dan pengorbanan yang telah dicurahkan oleh beliau untuk meningkatkan sahsiah dan jati diri semua pelajar. Semasa program ini dijalankan, Ustazah Azizah berpesan kepada semua pelajar untuk mendirikan solat 5 waktu yang menjadi kewajipan kepada semua mukmin dan menjadi tiang kepada kejayaan pelajar didunia dan akhirat.
Semasa Ucapan Pn Pengetua Che Zaliha Bt Ibrahim, beliau mengucapkan terima kasih kepada ustzah diatas sumbangan dan ilmu yang telah dicurahkan kepada semua warga SMK Kerteh serta sentiasa berjaya di sekolah baru.
Disediakan Oleh:
Admin