MAJLIS PERMUAFAKATAN
PPKI SMK KERTEH 2016
Tarikh: 28 September 2016
Hari : Rabu
Masa : 7.40 pagi hingga 10.20 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat SMK Kerteh dan Kelas PPKI
KETERANGAN
Majlis Permuafakatan PPKI merupakn satu program yang dirangka untuk menemukan para ibu bapa atau penjaga bersamapara pendidik bagi tujuan membincangkan hal-hal yang berkaitan dengan anak-anak mereka. Ibu bapa atau penjaga dan guru berpeluang untuk bersemuka dan berbincang mengenai peranan, tindakan, idea-idea serta cadangan penambahbaikan yang boleh digunakan bagi mencapai matlamat sekolah dalam meningkatkan pencapaian pelajar-pelajar PPKI.
Objektif Program
1- Menyalurkan maklumat dan informasi tentang dunia Pendidikan Khas
2- Memantapkan peranan ibu bapa/penjaga ke arah kecemerlangan anak-anak daris egi akademik dan sahsiah.
3- Mengeratkan hubungan di antara ibu bapa dengan pihak sekolah