Rabu, 16 Jun 2021

Ucapan Pengetua SMK KERTEH

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SPM 2020 Ucapan En Abdul bin Abdullah Pengetua SMK Kerteh Alhamdulillah. Tahniah dan terima kasih kepada semua warga KeDS yang telah bertukus lumus berganding bahu merealisasikan kecemerlangan anak anak didik kita. Pengorbanan yang dicurah berbalas dengan pencapaian yang terbaik dalam SPM. Tangisan bertukar menjadi senyuman kepuasan.. Tahniah kepada semua anak-anak didik KeDS SPM 2020 Alhamdulillah. Syukur kepada Allah atas nikmatNya kepada kita. Keputusan SPM telah diketahui dan SMK Kerteh turut merasai kejayaan pencapaian anak anak kita. Keputusan terbaik kita ialah 4 orang mendapat 7 A dimana 2 orang dapat 7A 2B dan 2 orang dapat 7 A 2 C. Alhamdulillah. Calon yang hadir seramai 114, layak mendapat sijil 99 orang dengan Gred Purata Sekolah 4.65. Seperti gambar di atas, pencapaian GPS kita terbaik di Terengganu. Terima kasih kepada PIBG/PIBK SMK Kerteh yang sentiasa bersama berusaha untuk melonjakkan anak anak KeDS ke arah kecemerlangan. Terima kasih tidak terhingga juga kepada Alumni KeDS yang sentiasa bersama membantu meningkatkan pencapaian anak-anak KeDS. Terima kasih dari pengurusan SMKK dan juga warga KeDS.