Piagam Pelanggan

Kami, warga SMK Kerteh dengan penuh nekad dan iltizam,
berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk :
  • memberi peluang terbaik kepada semua pelajar.
  • memberi bimbingan serta persekitaran sekolah yang teramat, selesa, bersih dan ceria.
  • memanfaatkan potensi dan tenaga guru serta kakitangan sokongan melalui amalan budaya kerja yang cekap, peka dan responsif terhadap pelanggan berasaskan pembaharuan yang berterusan.
  • mewujudkan dan menyemarakkan ikatan kekeluargaan, muafakat dan ikram dalam kalangan warga sekolah melalui budaya penyayang.
  • meningkatkan pemuafakatan dan penglibatan komuniti ke arah memasyarakatkan institusi sekolah.
  • menentukan pelajar lepasan sekolah ini berilmu, beriman, beramal soleh dan berbakti kepada masyarakat dan negara.
  • kami bersedia menerima teguran dan saranan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan institusi kami, Insya Allah.